Serangga ialah benda
hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan
spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding
dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan
spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga
tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan
antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta
spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan
direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus,
sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang
dilakukan.
Ciri-ciri
utama serangga adalah seperti berikut :
Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian
tubuh toraks. Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan
abdomen. Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan
kulit keras.
0 komentar:
Posting Komentar